Seni Berjiwa, Tradisi Terpelihara
Gabungan harmoni muzik tradisional Melayu, aliran jazz, dan kontemporari yang menyentuh perasaan untuk majlis eksklusif anda.
Terokai Pakej KamiMelody Corporate Music ditubuhkan pada tahun 2025 sebagai sebuah entiti muzik profesional yang berteraskan pemeliharaan dan pemartabatan muzik tradisional Melayu.
Diterajui oleh Nurul Ainin Farhana binti Mohamed @ Hanafi, seorang profesional dalam bidang Setiausaha Syarikat yang berjiwa seni, beliau dengan penuh tekad memperjuangkan nilai-nilai budaya bangsa melalui alunan nyanyian Melayu klasik dan irama Melayu lama yang sarat dengan kesantunan.
Melody Corporate Music menerima undangan untuk membuat persembahan solo mahupun berkumpulan, menggabungkan alat muzik seperti Oud Melayu, Rebana Melayu, akordion, gitar dan gitar bass. Persembahan yang dihasilkan adalah harmoni yang menyentuh perasaan, menonjolkan keaslian serta keunikan yang tidak dapat ditandingi.
Sebagai entiti yang komited terhadap seni budaya, kami bertekad untuk memperkenalkan muzik tradisional Malaysia ke persada antarabangsa, menjadikan muzik Melayu setanding dengan muzik dunia tanpa mengabaikan jati diri.
1 Orang
1 Vokal + Muzik iringan latar (minus one)
(12-16 lagu sahaja)
3 Orang
1 Vokal | Cajon | Gitar/Keyboard
(12-16 lagu sahaja)
4 Orang
1 Vokal | Cajon | Gitar/Keyboard | Saksofon
(12-16 lagu sahaja)
5 Orang
1 Vokal | Cajon | Gitar/Keyboard | Bass | Saksofon
(12-16 lagu sahaja)
7 Orang (Premium)
2 Vokal | Cajon | Gitar | Keyboard | Bass | Saksofon
(12-16 lagu sahaja)
Manager (Ainin Melody)
26-1F, Seria 88 Business Centre,
Jalan Setia Perdana, BF U13/BF, Bandar Setia Alam,
Seksyen U13, 40170 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.